Saturday, September 26, 2009

SYAITAN

Kaum muslimin dan muslimat rahimakumullah. Tapi begitulah, sudah menjadi sunnatullah bahwa pada setiap amal ibadah, pasti ada penghalangnya. Allah Ta’ala telah menggariskan bahwa penghalang utama, adalah musuh dari setan jin dan setan manusia. Allah... berfirman:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, Yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu …" (Q.S. Al An'am: 112)

Dalam memerangi Islam, setan manusia dan setan jin itu tidak mengenal putus asa. Mereka akan menempuh seribu satu cara untuk mencapai tujuannya:

"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." ((Q.S. Al-A'raf : 16-17)

Demi menyesatkan manusia dari jalan Allah, mereka tidak segan-segan mengorbankan harta dan biaya yang tidak terbatas, berapapun jumlahya, sepanjang diperlukan: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan." (Qs. Al-Anfal : 36).Baca Seterusnya

SYAITAN

Kaum muslimin dan muslimat rahimakumullah. Tapi begitulah, sudah menjadi sunnatullah bahwa pada setiap amal ibadah, pasti ada penghalangnya. Allah Ta’ala telah menggariskan bahwa penghalang utama, adalah musuh dari setan jin dan setan manusia. Allah... berfirman:

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, Yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu …" (Q.S. Al An'am: 112)

Dalam memerangi Islam, setan manusia dan setan jin itu tidak mengenal putus asa. Mereka akan menempuh seribu satu cara untuk mencapai tujuannya:

"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)." ((Q.S. Al-A'raf : 16-17)

Demi menyesatkan manusia dari jalan Allah, mereka tidak segan-segan mengorbankan harta dan biaya yang tidak terbatas, berapapun jumlahya, sepanjang diperlukan: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan." (Qs. Al-Anfal : 36).Baca Seterusnya

Sunday, September 13, 2009

21 DALIL

21 Dalil Perbezaan
antara PAS dengan ISLAM


PAS sering melaungkan slogan Islam sehingga masyarakat menjadi keliru. Manakala bagi rakyat yang kurang berpendidikan agama pula, mereka dengan segera beranggapan kononnya PAS itu adalah ISLAM, dan ISLAM itu adalah PAS. Dan mana-mana parti politik selain daripada PAS, parti tersebut bukanlah parti Islam yang tulen. Islam yang betul ialah Islam bawaan PAS sahaja. Parti lain semuanya tidak betul. Malah, keIslaman ahli-ahli parti lain pun boleh dipertikaikan oleh PAS. Inilah dogma dan ideologi PAS yang sangat merbahaya kepada orang ramai. Hal ini harus segera dihentikan. Maka, di sini saya senaraikan 21 alasan bahawa PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam.


1. Islam adalah Agama - Manakala PAS adalah sebuah parti politik.


2. Seseorang yang mahu masuk Islam, wajib mengucap dua kalimah syahadah - mahu masuk PAS tidak wajib mengucap kalimah syahadah.


3. Islam menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan - PAS menjadikan undang-undang tubuhnya sebagai panduan.


4. Islam tidak ada Presiden, Ahli Jawatankuasa Agung, Mursyidul Am, Ketua Pemuda, Ketua Kawasan dan lain-lain jawatan - Tetapi, dalam PAS ada jawatan tersebut.


5. Islam disebar dan diperjuangkan oleh Rasulullah - tiada Rasul dalam PAS, pemimpin PAS bukan rasul.


6. Islam ciptaan Allah - PAS ditubuhkan oleh manusia.


7. Islam agama yang sempurna dan tinggi - PAS parti yang tidak sempurna.


8. Islam dianuti oleh manusia dan jin - PAS hanya terbatas kepada manusia sahaja, jin tidak boleh masuk PAS.


9. Islam boleh dianuti oleh seluruh warga dunia - PAS hanya boleh dianggotai oleh warganegara Malaysia sahaja.


10. Islam ada hukum dan peraturan dalam aqidah dan syariah - PAS tidak ada hukum dan peraturan tersebut.


11. Dalam Islam ada hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram (5 dasar hukum) - dalam dasar undang-undang tubuh PAS tidak ada dasar hukum tersebut.


12. Adanya Islam tidak tertaluk di bawah akta pertubuhan (Islam tak perlu daftar di bawah undang-undang pendaftaran pertubuhan) - PAS wajib daftar, tak daftar tak boleh bergerak.


13. Masuk Islam tak perlu guna borang ahli dan bayar yuran pada setiap tahun - masuk PAS kena isi borang dan bayar yuran.


14. Islam bukan alat untuk dapatkan pangkat YB serta gaji dan elaun - dengan PAS boleh dapat pangkat dan gaji.


15. Umur taklif dalam Islam akil baligh (15 tahun) - umur boleh masuk PAS 18 tahun.


16. Orang Islam boleh berkahwin sesama Islam walaupun berlainan parti - jika PAS itu Islam, tentu orang PAS sesama mereka sahaja yang boleh berkahwin.


17. Islam tidak boleh pecat penganutnya - PAS boleh pecat ahlinya.


18. Keluar Islam murtad - keluar PAS tidak murtad.


19. Rukun Islam 5 perkara - rukun PAS berapa perkara? Tidak ada.


20. Dalam Islam tiada perebutan dan pertandingan jawatan - dalam PAS berebut jawatan.


21. Islam melarang keras caci-maki, mencarut, fitnah-memfitnah - dalam PAS tidak dilarang, malah menjadi satu amalan harian.

Thursday, September 10, 2009

FACEBOOK

FB: 10 Sept 2009

Mat Nasir Mohamed bahaya gerakan menghapuskan melayu dan pas for all oleh nik aziz ialah bukan melayu berani menghentam, dan memaki melayu dan terseret kepada menghina islam. kafir dengan sengaja menggunakan ayat Quran sebagai bahan kempen menentang melayu dan islam.

Mat Nasir Mohamed usaha nik aziz memperjuangkan pas for all ada kemungkinan usaha penghapusan melayu dalam pas sendiri. tidak mustahil suatu hari nanri presiden pas adalah ahli pas tapi orang bukan melayu. ahli pas perlu ingat peluang orang bukan islam jadi presiden pas terbuka dengan selogan pass for all.

Mat Nasir Mohamed nik aziz menetang melayu secara terbuka walaupun ada cadangan dari presiden pas hadi untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. najib menerima secara terbuka. nik aziz menentang dengan angkuhnya..jelas agenda nik aziz menghapuskan melayu didunia ini..kita wajib menentang gerakan itu.

Mat Nasir Mohamed gerakan menghapuskan melayu oleh nik aziz ialah dengan mengatakan Islam UMNO tidak masuk syurga...hapus umno maka hampus melayu..hapus melayu maka hapus Islam...strategi licik nik aziz

Mat Nasir Mohamed apakah nik aziz belajar dari lim kuan yew bagaimana nak hapuskan melayu....hapus melayu maka hapus islam di negara ini..

Mat Nasir Mohamed Gerakan menghapus Melayu oleh nik aziz patut ditentang habis-habisan..kita pertahankan 'Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia';Hang Tuah.

Mat Nasir Mohamed MELAYU TIDAK AKAN HILANG DIDUNIA; yakinnya Hang Tuang mengeluarkan kenyataan klasik itu sejak berzaman lamanya. Hari ini nik aziz menolak perjuangan Melayu ( KEBANGSAAN) kononnya kebangsaan itu bertentangan dengan ISLAM. Adakah nik aziz memulakan gerakan menghapuskan melayu?akan MENGHAPUSKAN MELAYU DIDUNIA?...jika itu benar maka nik aziz adalah penderhaka kepada orang melayu.

Sunday, August 16, 2009


Najib bersama jemaah


IJTIMAK TABLIGH SEDUNIA

NILAI 13 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta."Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.

MANA NIK AZIZ ?????????? mungkin mereka tak kenal siapa Nik Aziz !!!!!
Nik Aziz bersama Jamaah Budha



Saturday, August 15, 2009

ISU ORANG KAFIR DIBENAR MENGHINA ISLAM.

HJ MOHD AFANDI BIN YUSOFF.

PENGERUSI BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa tindakan DAP sbg menghina Islam adalah wajar kerana mereka bukan Islam, namun beliau mempertikaikan tindakan orang Islam yang sanggup menolak Islam.

Tindakan Nik Aziz seolah-olah memberi "lesen besar" kepada orang kafir untuk terus menghina agama Islam. Dengan menyokong perbuatan pemimpin DAP yang berani dan lantang menghina Islam itu, seolah-olah Nik Aziz membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak, termasuk musuh Islam dalam dan luar Negara untuk terus melakukan penghinaan terhadap Islam.

Tanggungjawab orang Islam, apabila agama Islam dihina ialah mempertahankan Islam, membela Islam, bersatu menegur dan bertindak menyekat atau menghalang perbuatan biadap kuffar tersebut, bahkan kita umat islam diajar supaya berjihad dengan nyawa , harta dan darah demi mempertahankan kesucian Islam, namun apa yang menyedihkan kita ialah Nik Aziz menyokong dengan menyebut perkara itu sebagai wajar.

Apabila ada orang islam sendiri yang menyokong perbuatan menghina Islam, maka orang kafir akan naik tocang, besar kepala dan makin berani untuk terus menghina dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam.

Jika dilihat dizaman Rasulullah memimpin Negara Islam Madinah, tidak ada seorang pun sahabat atau mana-mana ulamak yang berani menyokong perbuatan menghina Islam, bahkan Rasulullah apabila berdakwah kepada sesebuah kerajaan kuffar, baginda memberi 2 tawaran, samaada menyerah diri dengan menerima Islam atau pilihan kedua iaitu perang, ini sunnah Rasulullah menjaga Islam, jika datuk Nik Aziz ada nas ataupun hadis yang menyokong pandangan beliau bahawa umat Islam digalakkan atau dibenarkan menyokong orang kafir yang menghina Islam, bahkan sanggup bersekongkol dengan golongan penghina ini, beliau diminta kemukakan bukti.

Pemuda UMNO menggesa Nik Aziz menarik balik kenyataan beliau bahawa orang kafir dibenarkan menghina Islam. Tindakan Nik Aziz dilihat sebagai membelakangi sunnah agama, mencemarkan kedaulatan Islam, dengan meletakkan politik dan kuasa lebih utama daripada Islam. Sedangkan hadis nabi jelas menyebut, bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Demi untuk menyelamatkan kuasa dan kedudukan politik, segala kemungkaran yang dilakukan oleh kerabat Pas iaitu DAP terhadap Islam, tetap disokong oleh Nik Aziz.

Kita masih ingat satu ketika dulu, apabila timbul isu “karikatur nabi Muhammad” dengan ada pihak melukis gambar menghina Rasulullah, umat islam seluruh dunia bangkit menentang perbuatan tersebut, termasuk UMNO dan Pas. Tetapi bila timbul isu DAP hina Allah dan Rasul, Pas pertahankan bahawa tindakan menghina Islam itu sebagai suatu yang wajar.

Thursday, August 13, 2009



MUZAKARAH MEMBAWA BERKAT
Kota Bharu 13 Ogos- Pakatan Ulamak Sunnah Wal Jamaah Negeri Kelantan telah menjelaskan dalam Muzakarah tersebut semua kekeliruan yang diutarakan oleh Nik Aziz selama ini khususnya 9 perkara. Insyallah Muzakarah 2 akan susuli tidak berapa lama lagi yang akan membincangkan isu-isu yang lebih berat yang sengaja diada-adakan oleh Nik Aziz.

MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU-ISU SEMASA
9 Ogos 2009 jam 8.30 pagi hingga 5.00 ptg di Sutra Inn Kota Bharu Kelantan

PENGUCAPAN UMUM
Ustaz Omar Khalid
(Penulis Tafsir Mubin iaitu tafsir 30 juzu' Al Quran, tafsiran yang mudah difahami dan telah diluluskan oleh KDN serta Ahli panel DBP....sila ke ...tafsirmubin.blogspot.com)

SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA

Kertas Kerja 1; “Allah Tidak Mencarut “
Pembentang: Ustaz Zubir Che Mat
Pembantu: Ustaz Ab Latif Ab Rahman

Kertas kerja 2; ”Bersahabat Dengan Syaitan”
Pembentang: Ustaz Khairudin Mohamad
Pembantu: Ustaz Mohamad b. Nor

Kertas Kerja 3; ”UMNO Ajaran Sesat Atau Kafir”
Pembentang: Ustaz Ab Razak Mat Saat”
Pembantu: Ustaz Mat Haron Ab Rahman

Kertas Kerja 4: ”Melakukan Upacara Agama Lain (Budha)” dan
”Kehadiran Bakar Mayat Orang Kafir”
Pembentang: Ustaz Saifudin Abdul Rahman
Pembantu: Ustaz Mohd Nor Deris

Kertas Kerja 5: ”Kelahiran Pas Bercanggah Dengan Islam”
Pembentang: Ustaz Sukri Ab Rahman
Pembantu: Ustaz Azmi Ibrahim

Kertas Kerja 6: ”Bercakap Kasar Atau Buruk”
Pembentang: Ustaz Che Mat Che Kob
Pembantu: Ustaz Hj Hamzah Hj Ismail

Kertas Kerja 7:”Fatwa Halal Dan Haram”
Pembentang: Ustaz Abu Sufian Ab Ghani
Pembantu: Ustaz Mohd Fakhrurazi b. Ab Rahim.

Kertas Kerja 8: “Melaknat Atau Mendoa Kemusnahan Orang Lain”
Pembentang: Ustaz Lutfi Hj Nor
Pembantu: Ustaz Azmi Mashar Ishak

Kertas Kerja 9: “Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Tidak bertentangan dengan Islam.
Pembentang: Ustaz Omar Khalid
Pembantu Ustaz Zukifli Teow

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja tersebut sila email kepada onemurai........blogspot.com