Saturday, August 15, 2009

ISU ORANG KAFIR DIBENAR MENGHINA ISLAM.

HJ MOHD AFANDI BIN YUSOFF.

PENGERUSI BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa tindakan DAP sbg menghina Islam adalah wajar kerana mereka bukan Islam, namun beliau mempertikaikan tindakan orang Islam yang sanggup menolak Islam.

Tindakan Nik Aziz seolah-olah memberi "lesen besar" kepada orang kafir untuk terus menghina agama Islam. Dengan menyokong perbuatan pemimpin DAP yang berani dan lantang menghina Islam itu, seolah-olah Nik Aziz membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak, termasuk musuh Islam dalam dan luar Negara untuk terus melakukan penghinaan terhadap Islam.

Tanggungjawab orang Islam, apabila agama Islam dihina ialah mempertahankan Islam, membela Islam, bersatu menegur dan bertindak menyekat atau menghalang perbuatan biadap kuffar tersebut, bahkan kita umat islam diajar supaya berjihad dengan nyawa , harta dan darah demi mempertahankan kesucian Islam, namun apa yang menyedihkan kita ialah Nik Aziz menyokong dengan menyebut perkara itu sebagai wajar.

Apabila ada orang islam sendiri yang menyokong perbuatan menghina Islam, maka orang kafir akan naik tocang, besar kepala dan makin berani untuk terus menghina dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam.

Jika dilihat dizaman Rasulullah memimpin Negara Islam Madinah, tidak ada seorang pun sahabat atau mana-mana ulamak yang berani menyokong perbuatan menghina Islam, bahkan Rasulullah apabila berdakwah kepada sesebuah kerajaan kuffar, baginda memberi 2 tawaran, samaada menyerah diri dengan menerima Islam atau pilihan kedua iaitu perang, ini sunnah Rasulullah menjaga Islam, jika datuk Nik Aziz ada nas ataupun hadis yang menyokong pandangan beliau bahawa umat Islam digalakkan atau dibenarkan menyokong orang kafir yang menghina Islam, bahkan sanggup bersekongkol dengan golongan penghina ini, beliau diminta kemukakan bukti.

Pemuda UMNO menggesa Nik Aziz menarik balik kenyataan beliau bahawa orang kafir dibenarkan menghina Islam. Tindakan Nik Aziz dilihat sebagai membelakangi sunnah agama, mencemarkan kedaulatan Islam, dengan meletakkan politik dan kuasa lebih utama daripada Islam. Sedangkan hadis nabi jelas menyebut, bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Demi untuk menyelamatkan kuasa dan kedudukan politik, segala kemungkaran yang dilakukan oleh kerabat Pas iaitu DAP terhadap Islam, tetap disokong oleh Nik Aziz.

Kita masih ingat satu ketika dulu, apabila timbul isu “karikatur nabi Muhammad” dengan ada pihak melukis gambar menghina Rasulullah, umat islam seluruh dunia bangkit menentang perbuatan tersebut, termasuk UMNO dan Pas. Tetapi bila timbul isu DAP hina Allah dan Rasul, Pas pertahankan bahawa tindakan menghina Islam itu sebagai suatu yang wajar.

No comments:

Post a Comment