Sunday, August 16, 2009


Najib bersama jemaah


IJTIMAK TABLIGH SEDUNIA

NILAI 13 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta."Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.

MANA NIK AZIZ ?????????? mungkin mereka tak kenal siapa Nik Aziz !!!!!
Nik Aziz bersama Jamaah Budha



Saturday, August 15, 2009

ISU ORANG KAFIR DIBENAR MENGHINA ISLAM.

HJ MOHD AFANDI BIN YUSOFF.

PENGERUSI BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MALAYSIA

Dakwaan Datuk Nik Aziz bahawa tindakan DAP sbg menghina Islam adalah wajar kerana mereka bukan Islam, namun beliau mempertikaikan tindakan orang Islam yang sanggup menolak Islam.

Tindakan Nik Aziz seolah-olah memberi "lesen besar" kepada orang kafir untuk terus menghina agama Islam. Dengan menyokong perbuatan pemimpin DAP yang berani dan lantang menghina Islam itu, seolah-olah Nik Aziz membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak, termasuk musuh Islam dalam dan luar Negara untuk terus melakukan penghinaan terhadap Islam.

Tanggungjawab orang Islam, apabila agama Islam dihina ialah mempertahankan Islam, membela Islam, bersatu menegur dan bertindak menyekat atau menghalang perbuatan biadap kuffar tersebut, bahkan kita umat islam diajar supaya berjihad dengan nyawa , harta dan darah demi mempertahankan kesucian Islam, namun apa yang menyedihkan kita ialah Nik Aziz menyokong dengan menyebut perkara itu sebagai wajar.

Apabila ada orang islam sendiri yang menyokong perbuatan menghina Islam, maka orang kafir akan naik tocang, besar kepala dan makin berani untuk terus menghina dan melakukan pengkhianatan terhadap Islam.

Jika dilihat dizaman Rasulullah memimpin Negara Islam Madinah, tidak ada seorang pun sahabat atau mana-mana ulamak yang berani menyokong perbuatan menghina Islam, bahkan Rasulullah apabila berdakwah kepada sesebuah kerajaan kuffar, baginda memberi 2 tawaran, samaada menyerah diri dengan menerima Islam atau pilihan kedua iaitu perang, ini sunnah Rasulullah menjaga Islam, jika datuk Nik Aziz ada nas ataupun hadis yang menyokong pandangan beliau bahawa umat Islam digalakkan atau dibenarkan menyokong orang kafir yang menghina Islam, bahkan sanggup bersekongkol dengan golongan penghina ini, beliau diminta kemukakan bukti.

Pemuda UMNO menggesa Nik Aziz menarik balik kenyataan beliau bahawa orang kafir dibenarkan menghina Islam. Tindakan Nik Aziz dilihat sebagai membelakangi sunnah agama, mencemarkan kedaulatan Islam, dengan meletakkan politik dan kuasa lebih utama daripada Islam. Sedangkan hadis nabi jelas menyebut, bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama yang lebih tinggi daripada Islam. Demi untuk menyelamatkan kuasa dan kedudukan politik, segala kemungkaran yang dilakukan oleh kerabat Pas iaitu DAP terhadap Islam, tetap disokong oleh Nik Aziz.

Kita masih ingat satu ketika dulu, apabila timbul isu “karikatur nabi Muhammad” dengan ada pihak melukis gambar menghina Rasulullah, umat islam seluruh dunia bangkit menentang perbuatan tersebut, termasuk UMNO dan Pas. Tetapi bila timbul isu DAP hina Allah dan Rasul, Pas pertahankan bahawa tindakan menghina Islam itu sebagai suatu yang wajar.

Thursday, August 13, 2009



MUZAKARAH MEMBAWA BERKAT
Kota Bharu 13 Ogos- Pakatan Ulamak Sunnah Wal Jamaah Negeri Kelantan telah menjelaskan dalam Muzakarah tersebut semua kekeliruan yang diutarakan oleh Nik Aziz selama ini khususnya 9 perkara. Insyallah Muzakarah 2 akan susuli tidak berapa lama lagi yang akan membincangkan isu-isu yang lebih berat yang sengaja diada-adakan oleh Nik Aziz.

MUZAKARAH HUKUM-HUKUM ISLAM DALAM ISU-ISU SEMASA
9 Ogos 2009 jam 8.30 pagi hingga 5.00 ptg di Sutra Inn Kota Bharu Kelantan

PENGUCAPAN UMUM
Ustaz Omar Khalid
(Penulis Tafsir Mubin iaitu tafsir 30 juzu' Al Quran, tafsiran yang mudah difahami dan telah diluluskan oleh KDN serta Ahli panel DBP....sila ke ...tafsirmubin.blogspot.com)

SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA

Kertas Kerja 1; “Allah Tidak Mencarut “
Pembentang: Ustaz Zubir Che Mat
Pembantu: Ustaz Ab Latif Ab Rahman

Kertas kerja 2; ”Bersahabat Dengan Syaitan”
Pembentang: Ustaz Khairudin Mohamad
Pembantu: Ustaz Mohamad b. Nor

Kertas Kerja 3; ”UMNO Ajaran Sesat Atau Kafir”
Pembentang: Ustaz Ab Razak Mat Saat”
Pembantu: Ustaz Mat Haron Ab Rahman

Kertas Kerja 4: ”Melakukan Upacara Agama Lain (Budha)” dan
”Kehadiran Bakar Mayat Orang Kafir”
Pembentang: Ustaz Saifudin Abdul Rahman
Pembantu: Ustaz Mohd Nor Deris

Kertas Kerja 5: ”Kelahiran Pas Bercanggah Dengan Islam”
Pembentang: Ustaz Sukri Ab Rahman
Pembantu: Ustaz Azmi Ibrahim

Kertas Kerja 6: ”Bercakap Kasar Atau Buruk”
Pembentang: Ustaz Che Mat Che Kob
Pembantu: Ustaz Hj Hamzah Hj Ismail

Kertas Kerja 7:”Fatwa Halal Dan Haram”
Pembentang: Ustaz Abu Sufian Ab Ghani
Pembantu: Ustaz Mohd Fakhrurazi b. Ab Rahim.

Kertas Kerja 8: “Melaknat Atau Mendoa Kemusnahan Orang Lain”
Pembentang: Ustaz Lutfi Hj Nor
Pembantu: Ustaz Azmi Mashar Ishak

Kertas Kerja 9: “Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Tidak bertentangan dengan Islam.
Pembentang: Ustaz Omar Khalid
Pembantu Ustaz Zukifli Teow

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kertas kerja tersebut sila email kepada onemurai........blogspot.com

Monday, August 3, 2009



Husam pakar ekonomi Pas Kelantan.

NIK AZIZ GADAI 'GOBEK': wang kerajaan sudah habis ?
(Petikan dari Meli Kapak Jangok)


Di Kelantan pun saya diberitahu pernah belaku wang zakat digunakan untuk tujuan yang tidak sewajarnya ekoran dari terdesak dan kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik. Antaranya digunakan bagi menyelamatkan syarikat percetakan yang kerajaan negeri suntik modal untuk mencergaskan penafasannya yang sangat tenat tetapi tidak pernah untung.


Suntikan yang dibuat umpama mencampak sesudu gula ke laut untuk maniskan air masinnya lakunya.


Hotel Perdana dijual pun kerana menghadapi masalah kewangan.


Sekarang masalah kewangan Kelantan semakin teruk apabila syarikat yang dikatakan sebelum ini lagaknya lebih kerajaan dari kerajaan tidak lagi berminat membantu kerajaan apabila pelan menguasai Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya tersekat oleh sikap keperihatinan YTM Tengku Mahkota pembela dan berjiwa rakyat yang kini adalah pemangku Sultan.


Betul ke tidak apa yang diberitahu itu, saya tidak ada maklumat yang lengkap di samping tidak ada authority untuk mendapatkan maklumat-maklumat rasmi sebagaimana saya tidak dapat sahkan kebenaran tentang punca sebenar kenapa Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup nyenyeh muka sambut kedatangan PM ke Kelantan baru-baru ini.


Kononnnya kesanggupan MB nyenyeh muka setelah tidak ada bahasa sehodoh bahasa nak digambarkan betapa Umno dicaci, dihina dipandang jijiknya adalah kerana masalah kewangan negeri yang sangat kronik setelah tidak ada apa lagi yang boleh dijual untuk dapatkan wang.


Kononnya gobek tembaga pesaka peninggalan tokcik dan mokwe pun dah masuk karung pembeli besi buruk (tapi bukan saya pembelinya).Ladang Sungai Terah, Lembah Sireh, tanah di Kawasan Limau Purut, Hotel Perdana, Perdana Resort dan sebagainya sudah dijual di samping kawasan hutan di bahagian Ulu Kelantan juga sudah dipajakkan untuk pelbagai projek yang kononnya raksasa tetapi gagal.


Kebanyakan pemajak lari bila hasil balak habis dikeluarkan dengan nilai hasilnya adaa yang mencecah angka ratusan juta.


Sunday, August 2, 2009

PEMIMPIN ISLAM DITENTANG NIK AZIZ,HADI & ANWAR.

PAUH BUTUT 2 Ogos- Malaysia sebuah negara Islam yang paling maju didunia. Pencapaian ini diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin negara-negara Islam.

Dengan perlantikan Perdana Menteri Malaysia dari BN menjadi pengerusi OIC mengambarkan Malaysia diakui seluruh Dunia.

Sistem pengurusan haji yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji adalah satu pengurusan terbaik didunia. Sehingga kini pemerintah Arab Saudi sendiri mengharapkan jemaah haji negara Islam mencontohi jemaah haji dari Malaysia.

Itu dua contoh pengakuan dunia Islam, tapi Nik Aziz, Hadi & Anwar menafikannya. Pembohongan untuk kepentingan politik murahan, bukan kerana Allah yang maha berkuasa.