Monday, August 3, 2009



Husam pakar ekonomi Pas Kelantan.

NIK AZIZ GADAI 'GOBEK': wang kerajaan sudah habis ?
(Petikan dari Meli Kapak Jangok)


Di Kelantan pun saya diberitahu pernah belaku wang zakat digunakan untuk tujuan yang tidak sewajarnya ekoran dari terdesak dan kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik. Antaranya digunakan bagi menyelamatkan syarikat percetakan yang kerajaan negeri suntik modal untuk mencergaskan penafasannya yang sangat tenat tetapi tidak pernah untung.


Suntikan yang dibuat umpama mencampak sesudu gula ke laut untuk maniskan air masinnya lakunya.


Hotel Perdana dijual pun kerana menghadapi masalah kewangan.


Sekarang masalah kewangan Kelantan semakin teruk apabila syarikat yang dikatakan sebelum ini lagaknya lebih kerajaan dari kerajaan tidak lagi berminat membantu kerajaan apabila pelan menguasai Kota Bharu khususnya dan Kelantan amnya tersekat oleh sikap keperihatinan YTM Tengku Mahkota pembela dan berjiwa rakyat yang kini adalah pemangku Sultan.


Betul ke tidak apa yang diberitahu itu, saya tidak ada maklumat yang lengkap di samping tidak ada authority untuk mendapatkan maklumat-maklumat rasmi sebagaimana saya tidak dapat sahkan kebenaran tentang punca sebenar kenapa Menteri Besar Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup nyenyeh muka sambut kedatangan PM ke Kelantan baru-baru ini.


Kononnnya kesanggupan MB nyenyeh muka setelah tidak ada bahasa sehodoh bahasa nak digambarkan betapa Umno dicaci, dihina dipandang jijiknya adalah kerana masalah kewangan negeri yang sangat kronik setelah tidak ada apa lagi yang boleh dijual untuk dapatkan wang.


Kononnya gobek tembaga pesaka peninggalan tokcik dan mokwe pun dah masuk karung pembeli besi buruk (tapi bukan saya pembelinya).Ladang Sungai Terah, Lembah Sireh, tanah di Kawasan Limau Purut, Hotel Perdana, Perdana Resort dan sebagainya sudah dijual di samping kawasan hutan di bahagian Ulu Kelantan juga sudah dipajakkan untuk pelbagai projek yang kononnya raksasa tetapi gagal.


Kebanyakan pemajak lari bila hasil balak habis dikeluarkan dengan nilai hasilnya adaa yang mencecah angka ratusan juta.


No comments:

Post a Comment