Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ BARUA ANWAR – 80% WAKIL RAKYAT PAS KELANTAN MENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN

Pada 15 Jun 2009, Menteri Besar telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.

Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.

Selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Nik Aziz. Beliau meminta Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....

Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.

Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.

DIBALIK SEJARAH UMNO DAN PAS

Umno ditubuhkan pada tahun 11 mei 1946. manakala Pas ditubuhkan tahun 1951 dan mula beroperasi tahun 1956. Umno ditubuhkan atas dasar membela nasib orang orang melayu dan untuk menyatupadukan kaum melayu pada masa itu (sebelum merdeka) yang tidak bersatu sebab itu dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang ditubuhkan Oleh Alm Tun Hussein Onn. Manakala PAS ditubuhkan oleh Ahmad Puad atas dasar kecewa dengan kekalahan beliau bertanding jawatan Yang DiPertua Umno pada masa itu yang berjawatan Presiden pada masa kini.

Melalui sejarah ini kita dapat melihat perbezaan dasar dasar parti antarra Umno dan Pas. Dari dulu hingga sekarang Umno tidak henti henti memperjuangkan nasib Orang Melayu. Dan dari dulu ahli Umno sanggup berkorban jiwa dan raga demi Negara tercinta untuk menghantar wakil iaitu YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada tanah melayu untuk menuntut kemerdekaan di London kerana pada masa itu British yang memerintah Negara. Pemimpin pemimpin Umno terdahulu sanggup mengorbankan harta benda mereka demi melihat Negara tercinta ini merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan dan menjadi pengemis di tanah air sendiri. Alhamdulillah atas dasar kepintaran pemimpin Umno pada masa itu Negara kita yang berdaulat telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga Negara kita yang maju lagi harmoni ini selangkah demi selangkah mengorak langkah hingga menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Rakyat hidup aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum.

Your browser may not support display of this image.Berbeza dengan parti Pas yang ditubuhkan atas dasar kecewa dan dendam hingga menyebabkan perpecahan dikalangan umat melayu. Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak dasar perjuangan parti sahaja telah berubah rubah hingga membingungkan rakyat,contohnya membangun Bersama Islam, hukum hudud, daripada kerajaan Islam berubah menjadi Kerajaan kebajikan dan yang terbaru sekali Kerajaan Perpaduan hanya setengah jalan setelah dibantah oleh PKR dan DAP.

Yang amat menyedihkan mereka ini (PAS) sanggup bermain dan bertopengkan agama demi kepentingan mereka. Mereka mengatakan Umno haram kerana berbaik baik dengan orang bukan Islam dalam komponen BN. Tetapi apakah mereka lupa atau mereka buat buat lupa ataupun sebenarnya mereka ini sememangnya tuli dengan apa yang mereka katakan kepada Umno dahulu dan kita lihat kenyataannya sekarang mereka sendiri telah berpakat dengan orang bukan islam iaitu DAP yang seterang terangnya menolak Islam.

Pemimpin Pas Sedarlah, dan kepada rakyat buatlah pemilihan yang terbaik demi melihat masa depan anak cucu kita, dan rakyat harus sedar dengan pembohongan yang telah dibuat Oleh PUAK PUAK PAS untuk memecahbelahkan kita orang melayu islam. Rakyat harus menolak sekeras kerasnya perbuatan Pas yang telah menjejaskan perpaduan kita sebagi bangsa Malaysia.

NIK AZIZ BERUSAHA UNTUK MELIHAT ANWAR JADI PERDANA MENTERI

Nik Aziz terlalu mengidamkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Nik Aziz kononnya tok guru mengajar agama atau beliau ialah ahli politik ’berus’ yang dalam istilah Inggeris disebut political animal (binatang politik), mengikut gu ambo.

Nik Aziz benci kepada pengertian ’Melayu’. Melayu bagi beliau ialah ’assabiyah’ yang menurutnya bertentangan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud sebab Nik Aziz keturunan Cina dan dewa-dewa purba sepertimana dalam buku riwayat keturunan Nik Aziz.

Hadi Awang yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan. Ia disambut oleh kumpulan ulamak tapi ditentang oleh kumpulan Erdogan pro Anwar. Kumpulan ulamak terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa menerima idea Hadi sebagai baik untuk agama, bangsa dan negara. Sokongan Nasharudin itu mengakibatkan beliau dimaki hamun oleh Nik Aziz dan terpaksa bersuluk menghilangkan diri beberapa hari.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional ’pongoh’ seperti syaitan kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Ceramahnya keras, kasar dan biadap, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Sedangkan kumpulan Ayah Pin subur dan membangun masa Pas memerintah Trengganu dan dimusnahkan oleh BN. Nik Aziz mesti kena ’kaba’ ramai ahli UMNO dan Pas bersaudara, bermenantu, berbesan termasuk Nik Aziz sendiri. Maki hamun Nik Aziz kepada UMNO sama dengan maki hamun kepada keluarga Nik Aziz sendiri. Tidak semua orang Kelantan berpolitik sejahat Nik Aziz yang sudah tua.

Nik Aziz mengatakan UMNO dan komunis adalah sama. Sedangkan UMNO lah yang menghapuskan Komunis. Nik Aziz tau tak Anwar sedang berusaha membawa balik Cina Cheng Peng ke negara ini, iaitu bapak komunis.

Katanya lagi UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam, di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

Nik Aziz sudah ’nyayok’ yang sosialis tu PKR, yang menolak Islam tu DAP. Pembangunan Islam yang dibuat oleh UMNO terbaik sehingga diakui oleh negara-negara Islam Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Cuma Nik Aziz saja macam katak bawah tempurong. Perintah Kelantan 20 tahun satu apa pun tak buat.

Ucapan Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah. Nik Aziz cuba memomokkan penyokong fanatik Pas. Sebenarnya ahli Pas sendiri sudah benci dengan perangai Nik Aziz. Mereka tidak akan undi Pas lagi dalam pilihanraya yang akan datang.

Sekarang Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan terlalu banyak masalah yang sedang dihadapi walaupun ramai orang Melayu, tapi pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada DAP yang telah memperuntakan Pas corak pemerintahannya.

9 bulan Menteri Besar Perak Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Tapi bukan Melayu yang kuat, yang kuat Cina dan mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan cadangan Hadi bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Nik Aziz tua buta sejarah, benci kepada Bangsa Melayu dan sombong, ego dan angkuh melawan kuasa Allah sokong DAP yang jelas kafir. Bertaubatlah Nik Aziz kamu sudah tua 80 tahun tak lama daaah.

HADI BIJAK DALAM BERKAWAN DENGAN ANWAR

KUALA LUMPUR 22 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan tetapi dalam masa sama bersedia bertemu Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Anwar berkata, meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, tohmahan jahat dan tindakan terdesak UMNO.Majlis pimpinan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat, katanya di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen di sini.

Kenyataan itu ada dua isu yang bertentangan sama sendiri. Anwar bercakap macam biawak lidah bercabang. Pertama isu idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi dalam muktamar Pas. Kedua Anwar menuduh UMNO fitnah dan tomahan jahat.

Dua isu itu tiada kaitan langsug dengan UMNO. Yang jelas ia dicetuskan oleh Hadi, kenapa Anwar mengatakan UMNO yang mengfitnah. Tidak ada asas langsung.

UMNO tak perlu menguggat pakatan pembangkang, yang mengugat pakatan pembangkang ialah rakyat. Anwar harus ingat rakyat Malaysia tidak bodoh, mereka kenal siapa Anwar. Nampaknya Pak Shekh ’aljuburi kata Mat Sabu’ mulai takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sudah terlalu banyak cakap Anwar sebelum ini yang telah membohongi rakyat. Raakyat Malaysia bijak dan terpelajar termasuk Karpal Sing dengan mengatakan Anwar tak layak jadi pemimpin pakatan rakyat, dan harus ’bertaubat’ banyak dosa kot.

Hadi konsisten dalam mengenengahkan ideanya. Hadi pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Hadi mengatakan kerajaan perpaduan ’mampu menyelesaikan masalah negara’. Ini bererti Pakatan Rakyat dibawah Anwar tidak mampu menyelesaikan masalah negara, tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Boleh juga kata tidak layak memimpin negara atau Malaysia akan hancur jika dibawah Anwar.

Hadi sedar perkara ini tapi kenapa Nik Aziz menentang idea kerajaan perpaduan?

Nik Aziz dan Anwar adalah ’sekandang’. Anwar menyusun strategi dari awal lagi dengan menempatkan orang suruhannya menyertai Pas seperti Kamarudin Jaafar. Hadi tersilap melantik Kamarudin sebagai Setiausaha Agong, sehingga semua perkara yang dibincangkan dalam Pas diketahui oleh Anwar.

Untuk memastikan kekuatan Anwar untuk menghadapi pilihanraya ke 13, beliau telah merancang dengan meletakkan ’kumpulan endorgan’ untuk bertanding jawatan kanan dalam parti Pas. Itulah sebabnya Nik Aziz sokong secara terbuka kumpulan ini. Anwar dah berpakat dengan Nik Aziz supaya mereka boleh menguasai Pas. Pada peringkat awal Anwar harap Nik Aziz bertanding presiden seterusnya boleh menyelamatkan Husamjamnapari (boy frends Anwar) dan ’wak yehnya’. Malangnya Nik Aziz dapat satu pencalunan sahaja, malu besarlah Nik Aziz. Lepas tu kumpulan jamnapari terkubur, biarkan luncai dengan labu-labunya.

Hadi sudah menghidu strategi Anwar dengan Nik Aziz dan perkara ini disedari oleh Nik Abdul anak Nik Aziz sendiri. Nik Abduh sedar bahawa ayahnda telah dikambing jamnaparikan oleh Husam.

Maka untuk menyelamatkan Pas tersungkur di kaki Anwar al jubur, Hadi telah mendapat ilham dengan melontar gagasan kerajaan perpaduan. Inilah permulaan cerita dan mejadi kemelut dalam Pas sekarang. Ertinya Pas masih tak selamat, masa depannya kabur jika masih bersama dengan Anwar.

Banyak sebab Anwar mendekati Nik Aziz, pertama Nik Aziz tua, kedua beliau bukan Presiden maka dalam menduduki jawatan Perdana Menteri nanti tidak akan berleku perebutan dengan Nik Aziz.

Najib pula berulang kali menyatakan sikap terbuka UMNO ke arah penubuhan kerajaan perpaduan dan dalam masa sama melahirkan keyakinan terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan tersebut. Ini yang Anwar tak setuju kerana peluang untuk menjadi Perdana Menteri tertutup.

Maka kerajaan perpaduan merupakan pintu kubur kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kami rakyat Kelantan memohon kepada Nik Aziz supaya Kaba gatek gak Pak Nik Jid jange dok keras pedal sore. Rama lagi ore kelate nak hidup dan masa depe anak beranak kena jaga, demo tu dah tua.

Nik Aziz Berbohong Lagi

KUALA LUMPUR 22 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf serta menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa termasuk meminta beliau meletakkan jawatan dalam parti itu.

Nik Aziz mengatakan setelah berbincang dalam perjumpaan khas di Ibu Pejabat Agung Pas dalam semangat kekeluargaan menangani masalah dalam beberapa isu politik yang dibesarkan oleh media, kami bersetuju melupakan perihal salah tanggapan di antara pimpinan atasan parti akibat permainan politik murahan UMNO.

Nik Aziz mulai menyalahkan media dan menuduh UMNO sebagai politik murahan, dalam kemelut Kerajaan Perpaduan. Idea Hadi menawarkan kepada UMNO untuk kerajaan perpaduan bukan UMNO yang memulakan dulu. Nik Aziz memang cakap suka putar belit.

Nik Aziz yang membuat kenyataan akhbar dan media tv tapi akhirnya media disalahkan. Nik Aziz selalu berbohong. Orang yang ’keras pedal’ seperti ini tak sesuai digelar ulamak dan tak layak jadi pemimpin umat Islam.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai UMNO jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ini cara dan perangai Nik Aziz yang ’pongoh’ tak tentu pasal. Patutlah suka berkawan dengan syaitan, beliau mudah marah dan panas baram.

Dalam apa-apa tindakan pun sebelum ini tebiat Nik Aziz selalu gopoh dan terburu-buru. Sudah sampai masanya Nik Aziz berundur dari menjadi pemimpin yang suka berbohong. Ingatlah kita tu dah tua sekarang ini sudah 17 tahun umur subsidi. Rakyat Kelantan tersohor berani menegakkan hak dan kepentingan anak-anak kita masa hadapan.

LIM GUAN ENG PERANGKAP MELAYU

Strategi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang melaksanakan strategi memikat dan menambat rakyat yang miskin dengan apa cara sekali pun. Apa yang sedang berlaku di Kepala Batas pada 24 Jun , Datuk Azhar Ibrahim menyatakan kerajaan negeri Pimpinan DAP mesti menjelaskan dakwaan bahawa terdapat warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian sagu hati tetapi disyaratkan supaya menjadi ahli DAP. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Perlu diingatkan bahawa warga emas terutama yang memerlukan bantuan mudah dicekup oleh perangkat Lim Guan Eng. Mengikut Azhar ramai (warga emas) yang datang kepadanya dan bertanyakan mengenai perkara (pemberian sagu hati) itu dan minta mereka isi saja borang kerana kita pun nak tahu apa sagu hati yang hendak diberi. Tetapi mereka mendakwa diminta mengisi borang lain untuk menjadi ahli DAP bagi melengkapkan ruang ‘nombor ahli’ dalam borang sagu hati itu, Jadi kalau ikhlas hendak beri sagu hati, berikan saja. Kenapa hendak suruh mereka masuk DAP.

Kita berharap penyokong BN tidak terperangkap dengan helah ini. Namun begitu penyokong dan ahli Pas sudah mesti tidak akan mudah terpedaya kerana apa guna menjadi ahli DAP kerana tak dapat masuk syurga. Jadi mereka akan kekal sebagai ahli Pas dan Nik Aziz bagi syurga.

KENYATAAN AKHBAR!SAHUT DEBAT DENGAN NIK AZIZ : PEMUDA UMNO

OLEH

HJ. MOHD AFANDI YUSOFF

PENGERUSI BIRO AGAMA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

28/6/2009 ( AHAD)

Cadangan Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib perlu dilihat secara positif. Ini kerana muzakarah atau debat merupakan perkara baik perlu dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau kekeliruan yang timbul dikalangan masyarakat.

“ Cuma sebelum Nik Aziz dibenar berdebat dengan Datuk Seri Najib, beliau perlu melalui proses saringan iaitu debat pra-kelayakkan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu. Jika beliau berjaya melepasi debat pra-kelayakkan ini, maka Nik Aziz layak berdebat dengan Datuk Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, jadi tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO ”.

Sesungguhnya, cadangan Nik Aziz untuk berdebat amat dinantikan oleh Pemuda UMNO, bukan sahaja mengalu-alukan debat dengan Nik Aziz, bahkan saya mencabar Nik Aziz sekali lagi untuk berdebat atas apa jua topik yang beliau inginkan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

“Nik Aziz boleh tetapkan tarikh, tempat dan apa jua maudhuk debat yang beliau mahukan, bagi Pemuda UMNO jemputan debat ini, seumpama diajak makan kenduri, ibarat pucuk dicita ulam mendatang”.

Dulu saya pernah jemput Nik Aziz berdebat, ekoran tuduhan beliau bahawa menyertai UMNO sama dengan berzina, ketika saya berhasrat membuat pilihan antara UMNO dan Pas, beliau kata tidak perlu solat istikharah, kerana Nik Aziz memberi perumpamaan sama seperti seseorang nak kawin dengan seseorang yang mahu berzina, antara satu perkara yang halal dan haram, antara Pas dengan UMNO tidak perlu solat istikharah, …Jadi hutang debat ini belum diselesaikan lagi ”.

Merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan, ia adalah suatu yang wajar, terhormat dan harus dipuji. Perbuatan Nik Aziz amat memalukan imej beliau sebagai seorang ulamak, lebih-lebih lagi gelaran Tok Guru dan Mursyidul Am Pas. Jika beliau seorang ulamak yang sebenar, mana mungkin beliau akan merapu dalam ucapan beliau tempohari. Nik Aziz kini tidak mempamerkan diri beliau dengan sifat kenabian atau sifat malaikat, bahkan tabiat buruk, amalan jahiliyah dan sifat kesyaitanan menjadi amalan beliau. Tuduh menuduh sesama Islam telah menjadi darah daging pemimpin Pas dalam kempen-kempen mereka sejak dulu hingga kini.

Saya amat dukacita dengan tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO tolak Islam, UMNO disamakan dengan komunis, Ching Peng, sosialis, ajaran sesat Ayah Pin, secular, kafir, tolak hudud dan sebagainya. Jadi rakyat pun nak tengok siapa yang sebenarnya komunis, siapa yang tolak Islam, siapa yang sesat, siapa yang tolak hudud …. Cuma yang rakyat tahu kini, Datuk Seri Anuar Ibrahim sahaja menyokong Ching Peng dibawa pulang ke Malaysia . Bila berdebat nanti, baru Nik Aziz tahu jantan betinanya, mana lebih Islam an tara UMNO atau PKR dan DAP.

Jika Nik Aziz tidak berani menyahut cabaran debat Pemuda UMNO ini, beliau digesa berundur dari jawatan Murssyidul Am Pas dan dinasihatkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan ekoran umur yang sudah tua.

USTAZ LATIH PAKAI JUBAH PUTEH.

Your browser may not support display of this image.Your browser may not support display of this image.
Ketua Pemuda Pas Kelantan selalu pakai jubah putih dimana sebelum ni digambarkan kononnya pas adalah parti memperjuangkan Islam, walaupun sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tapi lebih kepada mempergunakan Islam untuk kepentingan parti. Kita hayati perkara2 berikut : -

a)Rasuah itu haram

Betul rasuah memang haram… tapi yg menjadi persoalannya kenapa benda yang haram ni pas amalkan jugak? Jgn asyik salahkan media je… perangai org pas ni tak berubah-ubah sejak dulu lagi…. bila media cerita keaiban pas, kau org tak nak percaya tapi bila ada media hentam umno kau org terus percaya… jadilah rasional sikit. Bila ada fitnah yg memburukkan umno, kau org terus percaya… tapi bila berlaku perkara yg tak betul dlm pas, kamu tak percaya…. jumud lah kamu ni

b)’setan’ pilihan dihati..

kata pemimpin kamu pada suatu masa dulu…Sanggup berkawan dgn ’setan’ semata-mata utk kalahkan umno…kita selalu mulakan kalau ingin baca Quran dengan memohon dijauhkan dengan syaitan yang direjam. mana punya kitab kau org baca ni??? sehingga nak berkawan dgn setan ni…. jgn jadi setan dah lah kerana pernah aku terbaca cerita yg diriwayatkan, ’setan’ pernah menyamar menjadi org alim…. bahaya tu!

c) Kapir ‘harbie’ pilihan pas

Bila org yg mempertahankan Islam, org yg bina masjid, org yg bina surau, hulurkan tangan persahabatan, tangan perpaduan kau org tak terima tapi bila dgn org yg mempertikaikan azan, anti Islam, kapir harbie… kau nak pulak berkawan…!! Mana penirian Islam kamu semua.

d) Hukum Hudud

kenapa pas mcm dah tak berminat dgn hukum hudud? Sebelum dpt kuasa mcm2 pas nak buat … mcm2 maksiat nak dihapuskan… mananya? kenapa kilang arak di subang ada lagi? kenapa kedai judi, disko di s’gor tak tutup lagi… kedai no ekor kat Kedah dah tutup ke? Nik Aziz kalau cakap.. mcm bagus je! Tapi sebenarnya kenyataan beliau selalu mengelirukan masyarakat Islam sbg cth tentang org kapir baca ayat al quran… masa aku kecik dulu, ustaz aku ajar, ayat al quran tu suci, al quran tu suci, kita kena pelihara kesucian al quran. kalau kita dlm hadas besar kita tak boleh baca quran…. tapi sekarang bila org kapir yg sentiasa dlm hadas besar membaca ayat al quran dlm satu ceramah, nik aziz cakap apa yea???? Dia dah tua… faham2 lah.
Cakap kat nik aziz, Allah janjikan SYURGA yg sgt HEBAT utk pemimpin yg bertakwa kpdNya…. tapi Allah juga janjikan NERAKA yg HEBAT utk pemimpin yg tidak bertakwa dgnNya…. nasihat kat dia, jgn keluarkan kenyataan yg mengelirukan… didunia kamu mungkin dipuja2, gambarmu ditampal dikereta-kereta…di rumah-rumah… tapi ingatlah wahai nik aziz, bila di akhirat nanti, kamu juga akan diperhitungkan. Terlalu byk tuduhan liar yg kamu lontarkan sebelum ni kpd org umno… bila nak minta maaf? Nasihat utk nik aziz, ingat mati… ingat balasan Allah… Ramai org sayangkan nik aziz, hormati nik aziz, jgn sampai penghormatan itu hilang! Sepatutnya “PAS memperjuangkan Islam bukannya PAS mempergunakan Islam utk kepentingan PAS”

e) Muktamar PAS

Mat Sabu nak bertanding Timbalan Presiden… elok ke tu? Betul ke, beliau pernah di tuduh khalwat dgn BINI org di dlm sebuah bilik di hotel Kota Bharu. Walaubagaimanapun dia didapati tidak bersalah dan dilepaskan dari pertuduhan khalwat… walaupun terbukti dia memang berdua-duaan dgn BINI ORG didlm sebuah bilik. Confuse ni… pemuda kelantan boleh tlg terangkan sikit… khalwat tu apa?

Org kata Pakatan DAP, PKR dan PAS.. umpama ‘KERETA KUDA’…. DAP adalah penumpang, PKR pemandu kereta kuda manakala PAS adalah kuda yang berkopiah… betul ke?

Ditulis oleh Dr Lebai

Pas Kelantan pecah dua lepas ni hancur terus. Satu kumpulan sokong Anwar (sekular) dan satu kumpulan sokong Hadi (ulamak). Kesan dari Muktamar PAS yang lalu, perpecahan PAS Kelantan makin ketara. Kekalahan calon-calon PAS dari Kelantan mula dipersalahkan antara satu sama lain. Puak ulamak menuduh Husam yang menjadi punca dan puak pro Anwar lagi menuduh kerana Husamlah yang tergila-gilakan jawatan Timbalan Pressiden PAS menyebabkan semua calon daripada Kelantan kalah kecuali Kamarudin Jaafar. Perbalahan di kalangan pimpinan PAS Kelantan menjelang pilihanraya ini secara realitinya terlalu sukar untuk disembunyikan.
Dalam PAS mendepani masalah menentukan calon pilihanraya kerana mereka beranggapan terlalu ramai calon yang baik daripada PAS, sudah ada pula usaha-usaha dilakukan oleh kalangan PAS sendiri untuk mensabotaj kempen pilihanraya nanti dan ada puak tertentu sedang mempengaruhi Nik Aziz supaya memilih calon daripada kalangan yang rapat dengan kumpulan yang sokong Husam dan pro Anwar.. Kelantangan Kelab penyokong telah membuka ruang bahawa kedudukan PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz sedang meniti laluan yang sukar walaupun Nik Aziz sedang berusaha untuk menutupi kelemahan serta perpecahan yang berlaku berkaitan dengan pemilihan pada muktamar lalu.
Kekecewaan Nik Aziz untuk menghantar seberapa ramai calon ke Jawatankuasa Pusat PAS ternyata gagal dan kegagalan inilah yang membuat Nik Aziz `naik minyak’ dan secara tidak langsung meletakkan kedudukan PAS Kelantan terumbang ambing.
Nik Aziz bagaikan meluahkan kekecewaan peribadi dan tidak dilihat menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS seluruh negara. Tindakan-tindakan Nik Aziz sehinggakini ditafsirkan sebagai gerakan peribadi dengan memperalatkan PAS bagi memuaskan nafsunya dalam mahu memenangkan orang-orang yang beliau suka.
Nik Amar adalah orang yang membantah keras keputusan Husam untuk mencabar kedudukan ataupun jawatan Nasharudin Mat Isa dan pernah mencadangkan kalau Husam benar-benar pemimpin yang merasakan dirinya hebat serta berkaliber, bukan Nasharudin yang harus ditentang tetapi Husam perlu tentang Hadi Awang di kerusi Presiden.
Ekoran kenyataan ini kumpulan yang menyokong Husam di Kelantan bergerak untuk mencantas Nik Amar supaya kalah untuk jawatan Naib Presiden PAS dan Nik Amar kalah tetapi kekalahan Nik Amar tidak begitu memalukan kalau mahu dibandingkan dengan Husam kerana Husam menggerakkan seluruh jentera media termasuk akhbar dan internet bagi meraih undi. Daripada Pas pecah dua puak besar melarat kepada tiga puak.
PAS telah berpecah kepada tiga puak, satu kumpulan dipimpin oleh Husam Musa, satu kumpulan dipimpin oleh Takiyuddin Hassan dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Wan Ismail Wan Jusuh.

Nik Aziz gagal mentarbiyahkan tiga kumpulan ini supaya dapat duduk semeja dan melupakan segala yang terbuku lewat muktamar lalu, ianya mungkin tidak akan menjadi barah kepada PAS terutama sekali untuk berhadapan dengan PRK Manik Urai nanti. Ahli-ahli PAS di Kelantan melihat sudah wujud ketegangan bukan sahaja kepada tokoh-tokoh ini tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong mereka apatah lagi tiga tokoh ini juga sedang melobi kepimpinan PAS terutama sekali Nik Aziz supaya memilih calon-calon yang mereka cadangkan untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Manik Urai ini.
Namun kalangan PAS melihat ketiga-tiga tokoh yang disfatkan mampu mengambilalih kepimpinan Kelantan daripada Nik Aziz ini terlalu sukar untuk bersatu dan hanya kerana Nik Aziz mereka mungkin sanggup bai`ah itupun mungkin sekadar mengambil hati orang tua seperti Nik Aziz itu. PRK Manik Urai adalah cabaran yang paling besar untuk PAS.
Meskipun PAS adalah kerajaan yang memerintah Kelantan dan Manik Urai dilihat antara kubu agam PAS namun suasana kali ini cukup berbeza. PAS terlalu banyak masalah. Masalah PAS yang sanggup menjadi seperti seekor kaldai di Perak kepada DAP mula dirasakan semakin mencengkam kepimpinan PAS Pusat.
Masalah Nizar yang hilang disiplin hingga sanggup menjadi `pengganas’ dalam Parlimen sewaktu majlis angkat sumpah baru-baru ini menghantui PAS, pertembungan pemikiran antara Nik Aziz dan Hadi Awang menggelisahkan pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya. Masalah yang wujud dalam PAS hari ini seperti api dalam sekam dan ramai yang percaya sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP dan KeADILan, mereka tidak akan tercabar maruah dan tidak akan berhadapan dengan krisis kepimpinan seperti ini.
Dan PAS juga kena sedar bahawa mereka hanya alat kepada orang-orang tertentu yang sedang mengintai puncak kuasa.