Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ BARUA ANWAR – 80% WAKIL RAKYAT PAS KELANTAN MENYOKONG KERAJAAN PERPADUAN

Pada 15 Jun 2009, Menteri Besar telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.

Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.

Selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Nik Aziz. Beliau meminta Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....

Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.

Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.

Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.

No comments:

Post a Comment