Monday, June 29, 2009

KENYATAAN AKHBAR!SAHUT DEBAT DENGAN NIK AZIZ : PEMUDA UMNO

OLEH

HJ. MOHD AFANDI YUSOFF

PENGERUSI BIRO AGAMA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

28/6/2009 ( AHAD)

Cadangan Nik Aziz untuk berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Najib perlu dilihat secara positif. Ini kerana muzakarah atau debat merupakan perkara baik perlu dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau kekeliruan yang timbul dikalangan masyarakat.

“ Cuma sebelum Nik Aziz dibenar berdebat dengan Datuk Seri Najib, beliau perlu melalui proses saringan iaitu debat pra-kelayakkan dengan Pemuda UMNO terlebih dahulu. Jika beliau berjaya melepasi debat pra-kelayakkan ini, maka Nik Aziz layak berdebat dengan Datuk Seri Najib. Jika debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, jadi tak payah berangan untuk berdebat dengan Presiden UMNO ”.

Sesungguhnya, cadangan Nik Aziz untuk berdebat amat dinantikan oleh Pemuda UMNO, bukan sahaja mengalu-alukan debat dengan Nik Aziz, bahkan saya mencabar Nik Aziz sekali lagi untuk berdebat atas apa jua topik yang beliau inginkan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

“Nik Aziz boleh tetapkan tarikh, tempat dan apa jua maudhuk debat yang beliau mahukan, bagi Pemuda UMNO jemputan debat ini, seumpama diajak makan kenduri, ibarat pucuk dicita ulam mendatang”.

Dulu saya pernah jemput Nik Aziz berdebat, ekoran tuduhan beliau bahawa menyertai UMNO sama dengan berzina, ketika saya berhasrat membuat pilihan antara UMNO dan Pas, beliau kata tidak perlu solat istikharah, kerana Nik Aziz memberi perumpamaan sama seperti seseorang nak kawin dengan seseorang yang mahu berzina, antara satu perkara yang halal dan haram, antara Pas dengan UMNO tidak perlu solat istikharah, …Jadi hutang debat ini belum diselesaikan lagi ”.

Merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Kelantan, ia adalah suatu yang wajar, terhormat dan harus dipuji. Perbuatan Nik Aziz amat memalukan imej beliau sebagai seorang ulamak, lebih-lebih lagi gelaran Tok Guru dan Mursyidul Am Pas. Jika beliau seorang ulamak yang sebenar, mana mungkin beliau akan merapu dalam ucapan beliau tempohari. Nik Aziz kini tidak mempamerkan diri beliau dengan sifat kenabian atau sifat malaikat, bahkan tabiat buruk, amalan jahiliyah dan sifat kesyaitanan menjadi amalan beliau. Tuduh menuduh sesama Islam telah menjadi darah daging pemimpin Pas dalam kempen-kempen mereka sejak dulu hingga kini.

Saya amat dukacita dengan tuduhan Nik Aziz bahawa UMNO tolak Islam, UMNO disamakan dengan komunis, Ching Peng, sosialis, ajaran sesat Ayah Pin, secular, kafir, tolak hudud dan sebagainya. Jadi rakyat pun nak tengok siapa yang sebenarnya komunis, siapa yang tolak Islam, siapa yang sesat, siapa yang tolak hudud …. Cuma yang rakyat tahu kini, Datuk Seri Anuar Ibrahim sahaja menyokong Ching Peng dibawa pulang ke Malaysia . Bila berdebat nanti, baru Nik Aziz tahu jantan betinanya, mana lebih Islam an tara UMNO atau PKR dan DAP.

Jika Nik Aziz tidak berani menyahut cabaran debat Pemuda UMNO ini, beliau digesa berundur dari jawatan Murssyidul Am Pas dan dinasihatkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan ekoran umur yang sudah tua.

No comments:

Post a Comment