Monday, June 29, 2009

Ditulis oleh Dr Lebai

Pas Kelantan pecah dua lepas ni hancur terus. Satu kumpulan sokong Anwar (sekular) dan satu kumpulan sokong Hadi (ulamak). Kesan dari Muktamar PAS yang lalu, perpecahan PAS Kelantan makin ketara. Kekalahan calon-calon PAS dari Kelantan mula dipersalahkan antara satu sama lain. Puak ulamak menuduh Husam yang menjadi punca dan puak pro Anwar lagi menuduh kerana Husamlah yang tergila-gilakan jawatan Timbalan Pressiden PAS menyebabkan semua calon daripada Kelantan kalah kecuali Kamarudin Jaafar. Perbalahan di kalangan pimpinan PAS Kelantan menjelang pilihanraya ini secara realitinya terlalu sukar untuk disembunyikan.
Dalam PAS mendepani masalah menentukan calon pilihanraya kerana mereka beranggapan terlalu ramai calon yang baik daripada PAS, sudah ada pula usaha-usaha dilakukan oleh kalangan PAS sendiri untuk mensabotaj kempen pilihanraya nanti dan ada puak tertentu sedang mempengaruhi Nik Aziz supaya memilih calon daripada kalangan yang rapat dengan kumpulan yang sokong Husam dan pro Anwar.. Kelantangan Kelab penyokong telah membuka ruang bahawa kedudukan PAS Kelantan di bawah kepimpinan Nik Aziz sedang meniti laluan yang sukar walaupun Nik Aziz sedang berusaha untuk menutupi kelemahan serta perpecahan yang berlaku berkaitan dengan pemilihan pada muktamar lalu.
Kekecewaan Nik Aziz untuk menghantar seberapa ramai calon ke Jawatankuasa Pusat PAS ternyata gagal dan kegagalan inilah yang membuat Nik Aziz `naik minyak’ dan secara tidak langsung meletakkan kedudukan PAS Kelantan terumbang ambing.
Nik Aziz bagaikan meluahkan kekecewaan peribadi dan tidak dilihat menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS seluruh negara. Tindakan-tindakan Nik Aziz sehinggakini ditafsirkan sebagai gerakan peribadi dengan memperalatkan PAS bagi memuaskan nafsunya dalam mahu memenangkan orang-orang yang beliau suka.
Nik Amar adalah orang yang membantah keras keputusan Husam untuk mencabar kedudukan ataupun jawatan Nasharudin Mat Isa dan pernah mencadangkan kalau Husam benar-benar pemimpin yang merasakan dirinya hebat serta berkaliber, bukan Nasharudin yang harus ditentang tetapi Husam perlu tentang Hadi Awang di kerusi Presiden.
Ekoran kenyataan ini kumpulan yang menyokong Husam di Kelantan bergerak untuk mencantas Nik Amar supaya kalah untuk jawatan Naib Presiden PAS dan Nik Amar kalah tetapi kekalahan Nik Amar tidak begitu memalukan kalau mahu dibandingkan dengan Husam kerana Husam menggerakkan seluruh jentera media termasuk akhbar dan internet bagi meraih undi. Daripada Pas pecah dua puak besar melarat kepada tiga puak.
PAS telah berpecah kepada tiga puak, satu kumpulan dipimpin oleh Husam Musa, satu kumpulan dipimpin oleh Takiyuddin Hassan dan satu kumpulan lagi diketuai oleh Wan Ismail Wan Jusuh.

Nik Aziz gagal mentarbiyahkan tiga kumpulan ini supaya dapat duduk semeja dan melupakan segala yang terbuku lewat muktamar lalu, ianya mungkin tidak akan menjadi barah kepada PAS terutama sekali untuk berhadapan dengan PRK Manik Urai nanti. Ahli-ahli PAS di Kelantan melihat sudah wujud ketegangan bukan sahaja kepada tokoh-tokoh ini tetapi juga di kalangan penyokong-penyokong mereka apatah lagi tiga tokoh ini juga sedang melobi kepimpinan PAS terutama sekali Nik Aziz supaya memilih calon-calon yang mereka cadangkan untuk menjadi calon pada pilihanraya kecil Manik Urai ini.
Namun kalangan PAS melihat ketiga-tiga tokoh yang disfatkan mampu mengambilalih kepimpinan Kelantan daripada Nik Aziz ini terlalu sukar untuk bersatu dan hanya kerana Nik Aziz mereka mungkin sanggup bai`ah itupun mungkin sekadar mengambil hati orang tua seperti Nik Aziz itu. PRK Manik Urai adalah cabaran yang paling besar untuk PAS.
Meskipun PAS adalah kerajaan yang memerintah Kelantan dan Manik Urai dilihat antara kubu agam PAS namun suasana kali ini cukup berbeza. PAS terlalu banyak masalah. Masalah PAS yang sanggup menjadi seperti seekor kaldai di Perak kepada DAP mula dirasakan semakin mencengkam kepimpinan PAS Pusat.
Masalah Nizar yang hilang disiplin hingga sanggup menjadi `pengganas’ dalam Parlimen sewaktu majlis angkat sumpah baru-baru ini menghantui PAS, pertembungan pemikiran antara Nik Aziz dan Hadi Awang menggelisahkan pimpinan dan ahli PAS secara keseluruhannya. Masalah yang wujud dalam PAS hari ini seperti api dalam sekam dan ramai yang percaya sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP dan KeADILan, mereka tidak akan tercabar maruah dan tidak akan berhadapan dengan krisis kepimpinan seperti ini.
Dan PAS juga kena sedar bahawa mereka hanya alat kepada orang-orang tertentu yang sedang mengintai puncak kuasa.

No comments:

Post a Comment