Monday, June 29, 2009

LIM GUAN ENG PERANGKAP MELAYU

Strategi DAP untuk mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang Lim Guan Eng sedang melaksanakan strategi memikat dan menambat rakyat yang miskin dengan apa cara sekali pun. Apa yang sedang berlaku di Kepala Batas pada 24 Jun , Datuk Azhar Ibrahim menyatakan kerajaan negeri Pimpinan DAP mesti menjelaskan dakwaan bahawa terdapat warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian sagu hati tetapi disyaratkan supaya menjadi ahli DAP. Bak kata pepatah Melayu, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Perlu diingatkan bahawa warga emas terutama yang memerlukan bantuan mudah dicekup oleh perangkat Lim Guan Eng. Mengikut Azhar ramai (warga emas) yang datang kepadanya dan bertanyakan mengenai perkara (pemberian sagu hati) itu dan minta mereka isi saja borang kerana kita pun nak tahu apa sagu hati yang hendak diberi. Tetapi mereka mendakwa diminta mengisi borang lain untuk menjadi ahli DAP bagi melengkapkan ruang ‘nombor ahli’ dalam borang sagu hati itu, Jadi kalau ikhlas hendak beri sagu hati, berikan saja. Kenapa hendak suruh mereka masuk DAP.

Kita berharap penyokong BN tidak terperangkap dengan helah ini. Namun begitu penyokong dan ahli Pas sudah mesti tidak akan mudah terpedaya kerana apa guna menjadi ahli DAP kerana tak dapat masuk syurga. Jadi mereka akan kekal sebagai ahli Pas dan Nik Aziz bagi syurga.

No comments:

Post a Comment