Monday, June 29, 2009

HADI BIJAK DALAM BERKAWAN DENGAN ANWAR

KUALA LUMPUR 22 Jun - Pakatan pembangkang yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan tetapi dalam masa sama bersedia bertemu Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Anwar berkata, meskipun isu itu pernah ditimbulkan dalam muktamar Pas tahun lalu dan disebut kembali dalam muktamar tahun ini, pakatan pembangkang mendakwa idea penubuhan kerajaan tersebut sebagai fitnah, tohmahan jahat dan tindakan terdesak UMNO.Majlis pimpinan pakatan pembangkang menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO/BN yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pakatan pembangkang yang semakin mendapat dukungan rakyat, katanya di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen di sini.

Kenyataan itu ada dua isu yang bertentangan sama sendiri. Anwar bercakap macam biawak lidah bercabang. Pertama isu idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi dalam muktamar Pas. Kedua Anwar menuduh UMNO fitnah dan tomahan jahat.

Dua isu itu tiada kaitan langsug dengan UMNO. Yang jelas ia dicetuskan oleh Hadi, kenapa Anwar mengatakan UMNO yang mengfitnah. Tidak ada asas langsung.

UMNO tak perlu menguggat pakatan pembangkang, yang mengugat pakatan pembangkang ialah rakyat. Anwar harus ingat rakyat Malaysia tidak bodoh, mereka kenal siapa Anwar. Nampaknya Pak Shekh ’aljuburi kata Mat Sabu’ mulai takut kepada bayang-bayang sendiri.

Sudah terlalu banyak cakap Anwar sebelum ini yang telah membohongi rakyat. Raakyat Malaysia bijak dan terpelajar termasuk Karpal Sing dengan mengatakan Anwar tak layak jadi pemimpin pakatan rakyat, dan harus ’bertaubat’ banyak dosa kot.

Hadi konsisten dalam mengenengahkan ideanya. Hadi pada hari pertama Muktamar Pas ke-55 pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Hadi mengatakan kerajaan perpaduan ’mampu menyelesaikan masalah negara’. Ini bererti Pakatan Rakyat dibawah Anwar tidak mampu menyelesaikan masalah negara, tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat. Boleh juga kata tidak layak memimpin negara atau Malaysia akan hancur jika dibawah Anwar.

Hadi sedar perkara ini tapi kenapa Nik Aziz menentang idea kerajaan perpaduan?

Nik Aziz dan Anwar adalah ’sekandang’. Anwar menyusun strategi dari awal lagi dengan menempatkan orang suruhannya menyertai Pas seperti Kamarudin Jaafar. Hadi tersilap melantik Kamarudin sebagai Setiausaha Agong, sehingga semua perkara yang dibincangkan dalam Pas diketahui oleh Anwar.

Untuk memastikan kekuatan Anwar untuk menghadapi pilihanraya ke 13, beliau telah merancang dengan meletakkan ’kumpulan endorgan’ untuk bertanding jawatan kanan dalam parti Pas. Itulah sebabnya Nik Aziz sokong secara terbuka kumpulan ini. Anwar dah berpakat dengan Nik Aziz supaya mereka boleh menguasai Pas. Pada peringkat awal Anwar harap Nik Aziz bertanding presiden seterusnya boleh menyelamatkan Husamjamnapari (boy frends Anwar) dan ’wak yehnya’. Malangnya Nik Aziz dapat satu pencalunan sahaja, malu besarlah Nik Aziz. Lepas tu kumpulan jamnapari terkubur, biarkan luncai dengan labu-labunya.

Hadi sudah menghidu strategi Anwar dengan Nik Aziz dan perkara ini disedari oleh Nik Abdul anak Nik Aziz sendiri. Nik Abduh sedar bahawa ayahnda telah dikambing jamnaparikan oleh Husam.

Maka untuk menyelamatkan Pas tersungkur di kaki Anwar al jubur, Hadi telah mendapat ilham dengan melontar gagasan kerajaan perpaduan. Inilah permulaan cerita dan mejadi kemelut dalam Pas sekarang. Ertinya Pas masih tak selamat, masa depannya kabur jika masih bersama dengan Anwar.

Banyak sebab Anwar mendekati Nik Aziz, pertama Nik Aziz tua, kedua beliau bukan Presiden maka dalam menduduki jawatan Perdana Menteri nanti tidak akan berleku perebutan dengan Nik Aziz.

Najib pula berulang kali menyatakan sikap terbuka UMNO ke arah penubuhan kerajaan perpaduan dan dalam masa sama melahirkan keyakinan terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan tersebut. Ini yang Anwar tak setuju kerana peluang untuk menjadi Perdana Menteri tertutup.

Maka kerajaan perpaduan merupakan pintu kubur kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kami rakyat Kelantan memohon kepada Nik Aziz supaya Kaba gatek gak Pak Nik Jid jange dok keras pedal sore. Rama lagi ore kelate nak hidup dan masa depe anak beranak kena jaga, demo tu dah tua.

No comments:

Post a Comment