Monday, July 27, 2009

NIK AZIZ - BERASA HEBAT


Tok Pa mesra dengan siapa sahaja...
dan berada dimana-mana.

MAKAN TELOR PENYU BOLEH IBU PENYU TIDAK BOLEH.

GOLOK 28 July - Nik Aziz cuba memesongkan fikiran rakyat Kelantan seolah-olah kerajaan persekutuan bukan dikuasai oleh UMNO. Sebab itulah Nik Aziz hanya hendak jerjasama dengan kerajaan persekutuan bukan dengan UMNO betapa jahilnya Nik Aziz tentang pemerintahan. Maka samalah apa yang dikatakan telor boleh makan tapi ibunya tidak boleh. Nik Aziz ulamak jahat yang banyak putar alam, bukan setakat Kelantan dan Malaysia sahaja yang pening dengan perangai Nik Aziz, tapi seperti kata Zaki wakil Rakyat Pas 'melaikat pun bengong'.

Bukan kerjasama Pas-UMNO: Nik Aziz

Sinar Harian 28 July-


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan UMNO, tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan UMNO bekerjasama tidak tepat dan di luar daripada maksud kenyataan beliau.

“Saya bukan kata hubungan di antara UMNO dengan Pas. Maksud saya ialah hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana negeri kita ni sistem dia feudalisme. Untuk apa nak bekerjasama dengan UMNO,” katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, semalam.

“Kenapa Pas perlu bekerjasama dengan UMNO? UMNO jangan jual murah sangat. UMNO sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta kerjasama dengan orang, waktu gagah dulu UMNO tendang Pas.

“Pas masuk BN dengan jemputan Tun Razak. Bila sudah kukuh selepas tragedi 13 Mei, UMNO tendang Pas. Saya ingat benda ini. Kalau di dunia ini tiada UMNO, Pas dan Melayu boleh hidup dengan baik. Saya tetap tolak kerjasama dengan UMNO,” katanya.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

Saturday, July 18, 2009

JEMAAH ULAMAK KELANTAN - TENTUKAN 'FATWA NIK AZIZ'

LUNDANG 18 July - Dalam kekalutan menangani isu UMNO tolak Islam dan UMNO sama dengan Ajaran Sesat Ayah Pin yang di 'Fatwakan oleh Nik Aziz' adalah wajar pihat tertetu menyelesaikan secara Islam yang sebenar. Di Kelantan ada Jawatankuasa fatwa atau Jamaah Ulamak Kelantan yang merupakan institusi terulung dinegara ini yang telah ditubuhkan pada 24 Januari 1918. Antara fungsi institusi tersebut ialah menangani persoalan hukum yang berlaku dalam masyarakat. Dengan ini bila Nik Aziz mengatakan UMNO tolak Islam dan sama dengan ajaran Ayah Pin maka wajarlah institusi ini mengeluarkan 'fatwa' mengenai 'fatwa nik Aziz' yang mengelirukan rakyat atau umat Islam dinegeri Kelantan khasnya, dan diseluruh negara amnya.

Tuesday, July 7, 2009


ULAMAK PAS PERAK AHMAD AWANG MENGELUARKAN FATUA PAS MESTI BERGABUNG DANGAN DAP TUBUH KERAJAAN, TIDAK DENGAN UMNO NIK AZIZ SOKONG.

MASIH KAH KAU INGAT APA YANG KAMU KATA 10 TAHUN YANG LALU.


KOTA BHARU Feb 1999 - Bercakap pada majlis forum bertemakan ‘Hudud Menjamin Keamanan Sejagat’ itu, beliau menegaskan bahawa apabila Hudud dilaksanakan, kesejahteraan akan terjamin kepada semua.
Beliau juga berkata, oleh kerana tidak dilaksanakan hukum Allah berlakulah berbagai-bagai kerosakan pada orang Islam.
Katanya, mengikut Islam kesejahteraan bukan sahaja untuk sesama manusia tetapi juga untuk semua makhluk kerana Allah menjadikan Islam sebagai memberi rahmat kepada seluruh alam.
Katanya, mengikut kaedah Islam, seseorang yang melakukan hubungan seks dengan lembu atau binatang lain, maka lembu atau binatang itu mesti dibunuh.
KOMEN: Selepas Kerajaan Pas dibentuk 11 bulan negeri Perak mempunyai seorang MB daripada PAS , semua hutang Ahmad Awang telah dijelaskan dan beliau telah bebas daripada muflis serta dapat pula membeli sebuah kereta mewah. Beliau terkenal dalam kalangan Pas sebagai ‘Ulamak C Class’. Mana Huduh Pas yang ulamak cadangkan?...Ulamak bohong

Sunday, July 5, 2009



Apabila Si jahil berlagak seorang Ulamak

Tulisan bold besar tu bermaksud,
MAHFUZ:SAYA BERUNDUR DARI PAS. ,
manakala tulisan kecil sikit kat tepi tu pula ialah Jika Kedah Sekat Cina Makan Babi.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika Kedah yang dipimpin MB Pas tidak membenarkan bukan islam atau orang Cina makan babi, beliau bersedia keluar dari Pas.

Beliau menegaskan bahawa Islam hanya haramkan umatnya makan babi tapi tidak sekat Cina makan babi. Beliau harap rakyat tidak terpengaruh dengan laporan

Saturday, July 4, 2009

RM24 JUTA DUN PENGKALAN PASIR SELEPAS MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BN

KOTA BHARU 5 - Rakyat DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas telah mendapat peruntukan sebanyak RM24 juta dalam berbagai projek setelah memberi kemenangan kepada BN dalam pilihanraya kecil yang lalu. Diantara projek yang telah dan sedang dilaksanakan ialah seperti berikut:

1. Perparitan dan Banjir Kilat RM18,000,000
2. Projek Masjid Bandar Pasir Mas RM530,000
3. Projek Masjid Slow Macang RM250,000
4. Projek Masjid Kg Kubang Bemban RM510,000
5. Projek membantu jalan dan lorong RM1,000,000
6. Projek Lampu jalan kampong RM150,000
7. Projek Infrastruktur dan kemudahan asas RM618,000
8. Program bantuan rumah RM3,000,000

Thursday, July 2, 2009

Apa diharap padi diseberang
Eantah berbuah entah tidak
Apa diharap Pas sekarang
Entah jujur entah tidak

Wednesday, July 1, 2009

NIK AZIZ TOLAK MODAL INSAN
Oleh: Hati Jiwa
1 Julai 2009

Manik Urai- Walaupun PAS tidak menunggu masa terlalu lama untuk mengumumkan calon pilihan parti tersebut bagi mewakili PR di dalam PRK Manek Urai pada 14 Julai ini, ia tidak dipertikaikan oleh siapa pun. Tetapi apa yang dipertikaikan oleh kebanyakkan penyokongnya ialah pemilihan Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Kuala Krai dilihat sebagai menolak calon yang lebih berkualiti dan mempunyai kepandaian serta menolak kempimpinan bijak pandai di kalangan ahli serta AJK Pas Kuala Krai.

Meskipun difahamkan terdapat 3 calon yang telah dikemukakan bagi mengisi kekosongan Adun Manek Urai, namun PAS menyebelahi Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai pilihan Pas di situ. Adakah 2 calon lagi tidak layak atau dikhuatiri akan menentang kepimpinan kelak?. Adakah 2 calon lagi mempunyai masalah dengan YDP PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman?. Persoalan itu terus membelenggu para penyokong PAS di Manik Urai.

KENAPA MOHD FAUZI JADI BUALAN PENDUDUK ?
Oleh: Hati Jiwa
1 Julai 2009

Manik Urai- Kredibiliti seseorang itu juga diukur melalui latar belakang dan pekerjaannya. Begitulah keadaan yang berlaku di Manik Urai apabila status pekerjaan Mohd Fauzi Abdullah, calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Manik Urai menjadi bualan mulut pengundi di Manik Urai.

Ada dikalangan pengundi PAS menyifatkan pemilihan Mohd Fauzi sebagai calon PAS adalah pilihan salah oleh pucuk pimpinan PAS di Kelantan kerana masih ramai lagi pemimpin yang layak untuk diketengahkan.

Malah respon dari AJK PAS Kawasan Kuala Krai sendiri yang kurang senang dengan kredibilit sebenar Mohd Fauzi dalam meyakinkan rakyat. Rakyat secara majoritinya mahukan seorang pemimpin yang berjiwa besar, berilmu malah mampu untuk membawa masalah rakyat DUN Manik Urai ke peringkat negeri.

Rakyat juga membayangkan cara kerja Mohd Fauzi dengan sifat seorang pemborong yang sentiasa garang, ramai musuh, ”auta”, suka mengambil kesempatan dalam kesempitan dan suka perlekehkan orang lain.

Walaupun status Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama tetapi kehendak rakyat adalah mahukan wakil mereka bukan sahaja mendengar segala masalah malah dapat menyelesaikannya secara berkesan.

Rakyat harus memilih samada mahukan seorang pemborong ikan atau mahukan wakil yang lebih baik dan mempunyai tahap kematangan serta berpendidikan seperti mana yang ada pada Tuan Aziz, calon BN untuk pilihanraya kecil Manik Urai.

HISYAM FAUZI LEBIH LAYAK
Oleh : Hati jiwa
1 julai 2009

Manik Urai- Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah telah dipilih sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Walau bagaimanapun, kredibiliti Mohd Fauzi tercalar dek kerana status pekerjaaannya iaitu sebagai pemborong ikan yang tidak mempunyai latar belakang pengajian yang tinggi.

Ramai ahli Pas melihat keputusan memilih Mohd Fauzi adalah kurang tepat dan sepatutnya PAS memilih calon yang lebih berkualti serta mempunyai daya intektual yang tinggi bagi menjamin keutuhan PAS pada masa akan datang.

PAS mempunyai ramai calon yang layak dari Kuala Krai mahupun luar Kuala Krai. PAS pernah mencalonkan calon luar negeri sebagai calon semata-mata mahu mengukuhkan parti dan kenapa pula calon dalam negeri yang layak dipinggirkan.

Sepatutnya pemimpin muda seperti Hisyam Fauzi, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan perlu diketengahkan dan dicalonkan sebagai wakil PAS dalam PRK Manik Urai. Hisyam Fauzi adalah seorang tokoh muda yang kian menyinar dengan kelantangannya membela ahli PAS. Beliau juga adalah seorang peguam yang berkaliber. Walaupun beliau berasal dari Tanah Merah ia bukan alasan untuk PAS Kuala Krai menolak kepimpianan beliau.
Tuan Aziz Mesra Rakyat

Hari mengundi PRK Manek Urai pada 14 July akan menjadi sejarah kepada Tuan Aziz, kerana sebagai kakitangan Kesedar sudah tentu menjadi kebanggaan warga Kesedar.Tuan Aziz calun BN dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai yang berkelulusan Ijazah dari Universiti Teknologi Malaysia sentiasa mendekati rakyat dan mudah mesra dengan rakyat khususnya penduduk di Manek Urai sejak dulu lagi. Semasa beliau menjawat jawatan kanan dalam Kesedar beliau sentiasa membantu penduduk Manek Urai. Kebetulan dengan PRK kali ini beliau dipilih sebagai calun BN. Pemimpin Bahagian sebulat suara memilih beliau dan direstui oleh Presiden BN Dato Najib.



Tuan Aziz tidak 'kekok'ramah mesra dengan orang tua atau remaja.