Monday, July 27, 2009


Tok Pa mesra dengan siapa sahaja...
dan berada dimana-mana.

MAKAN TELOR PENYU BOLEH IBU PENYU TIDAK BOLEH.

GOLOK 28 July - Nik Aziz cuba memesongkan fikiran rakyat Kelantan seolah-olah kerajaan persekutuan bukan dikuasai oleh UMNO. Sebab itulah Nik Aziz hanya hendak jerjasama dengan kerajaan persekutuan bukan dengan UMNO betapa jahilnya Nik Aziz tentang pemerintahan. Maka samalah apa yang dikatakan telor boleh makan tapi ibunya tidak boleh. Nik Aziz ulamak jahat yang banyak putar alam, bukan setakat Kelantan dan Malaysia sahaja yang pening dengan perangai Nik Aziz, tapi seperti kata Zaki wakil Rakyat Pas 'melaikat pun bengong'.

Bukan kerjasama Pas-UMNO: Nik Aziz

Sinar Harian 28 July-


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kesediaan beliau menghulur tangan untuk berbaik-baik bukanlah dalam konteks Pas dan UMNO, tetapi antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, laporan akhbar yang menyatakan beliau Pas dan UMNO bekerjasama tidak tepat dan di luar daripada maksud kenyataan beliau.

“Saya bukan kata hubungan di antara UMNO dengan Pas. Maksud saya ialah hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat kerana negeri kita ni sistem dia feudalisme. Untuk apa nak bekerjasama dengan UMNO,” katanya selepas melawat Karnival Peladang, Penternak dan Nelayan Kelantan 2009 di Padang Perdana di sini, semalam.

“Kenapa Pas perlu bekerjasama dengan UMNO? UMNO jangan jual murah sangat. UMNO sekarang sudah tidak ada maruah. Nak minta kerjasama dengan orang, waktu gagah dulu UMNO tendang Pas.

“Pas masuk BN dengan jemputan Tun Razak. Bila sudah kukuh selepas tragedi 13 Mei, UMNO tendang Pas. Saya ingat benda ini. Kalau di dunia ini tiada UMNO, Pas dan Melayu boleh hidup dengan baik. Saya tetap tolak kerjasama dengan UMNO,” katanya.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat perlu ditingkatkan berdasarkan kepada perlembagaan yang ada.

No comments:

Post a Comment