Wednesday, July 1, 2009

NIK AZIZ TOLAK MODAL INSAN
Oleh: Hati Jiwa
1 Julai 2009

Manik Urai- Walaupun PAS tidak menunggu masa terlalu lama untuk mengumumkan calon pilihan parti tersebut bagi mewakili PR di dalam PRK Manek Urai pada 14 Julai ini, ia tidak dipertikaikan oleh siapa pun. Tetapi apa yang dipertikaikan oleh kebanyakkan penyokongnya ialah pemilihan Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Pasar Kuala Krai dilihat sebagai menolak calon yang lebih berkualiti dan mempunyai kepandaian serta menolak kempimpinan bijak pandai di kalangan ahli serta AJK Pas Kuala Krai.

Meskipun difahamkan terdapat 3 calon yang telah dikemukakan bagi mengisi kekosongan Adun Manek Urai, namun PAS menyebelahi Bendahari Pas Kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai pilihan Pas di situ. Adakah 2 calon lagi tidak layak atau dikhuatiri akan menentang kepimpinan kelak?. Adakah 2 calon lagi mempunyai masalah dengan YDP PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman?. Persoalan itu terus membelenggu para penyokong PAS di Manik Urai.

KENAPA MOHD FAUZI JADI BUALAN PENDUDUK ?
Oleh: Hati Jiwa
1 Julai 2009

Manik Urai- Kredibiliti seseorang itu juga diukur melalui latar belakang dan pekerjaannya. Begitulah keadaan yang berlaku di Manik Urai apabila status pekerjaan Mohd Fauzi Abdullah, calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Manik Urai menjadi bualan mulut pengundi di Manik Urai.

Ada dikalangan pengundi PAS menyifatkan pemilihan Mohd Fauzi sebagai calon PAS adalah pilihan salah oleh pucuk pimpinan PAS di Kelantan kerana masih ramai lagi pemimpin yang layak untuk diketengahkan.

Malah respon dari AJK PAS Kawasan Kuala Krai sendiri yang kurang senang dengan kredibilit sebenar Mohd Fauzi dalam meyakinkan rakyat. Rakyat secara majoritinya mahukan seorang pemimpin yang berjiwa besar, berilmu malah mampu untuk membawa masalah rakyat DUN Manik Urai ke peringkat negeri.

Rakyat juga membayangkan cara kerja Mohd Fauzi dengan sifat seorang pemborong yang sentiasa garang, ramai musuh, ”auta”, suka mengambil kesempatan dalam kesempitan dan suka perlekehkan orang lain.

Walaupun status Mohd Fauzi itu bukan persoalan utama tetapi kehendak rakyat adalah mahukan wakil mereka bukan sahaja mendengar segala masalah malah dapat menyelesaikannya secara berkesan.

Rakyat harus memilih samada mahukan seorang pemborong ikan atau mahukan wakil yang lebih baik dan mempunyai tahap kematangan serta berpendidikan seperti mana yang ada pada Tuan Aziz, calon BN untuk pilihanraya kecil Manik Urai.

HISYAM FAUZI LEBIH LAYAK
Oleh : Hati jiwa
1 julai 2009

Manik Urai- Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah telah dipilih sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai. Walau bagaimanapun, kredibiliti Mohd Fauzi tercalar dek kerana status pekerjaaannya iaitu sebagai pemborong ikan yang tidak mempunyai latar belakang pengajian yang tinggi.

Ramai ahli Pas melihat keputusan memilih Mohd Fauzi adalah kurang tepat dan sepatutnya PAS memilih calon yang lebih berkualti serta mempunyai daya intektual yang tinggi bagi menjamin keutuhan PAS pada masa akan datang.

PAS mempunyai ramai calon yang layak dari Kuala Krai mahupun luar Kuala Krai. PAS pernah mencalonkan calon luar negeri sebagai calon semata-mata mahu mengukuhkan parti dan kenapa pula calon dalam negeri yang layak dipinggirkan.

Sepatutnya pemimpin muda seperti Hisyam Fauzi, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan perlu diketengahkan dan dicalonkan sebagai wakil PAS dalam PRK Manik Urai. Hisyam Fauzi adalah seorang tokoh muda yang kian menyinar dengan kelantangannya membela ahli PAS. Beliau juga adalah seorang peguam yang berkaliber. Walaupun beliau berasal dari Tanah Merah ia bukan alasan untuk PAS Kuala Krai menolak kepimpianan beliau.

No comments:

Post a Comment