Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ BERUSAHA UNTUK MELIHAT ANWAR JADI PERDANA MENTERI

Nik Aziz terlalu mengidamkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Nik Aziz kononnya tok guru mengajar agama atau beliau ialah ahli politik ’berus’ yang dalam istilah Inggeris disebut political animal (binatang politik), mengikut gu ambo.

Nik Aziz benci kepada pengertian ’Melayu’. Melayu bagi beliau ialah ’assabiyah’ yang menurutnya bertentangan dengan ajaran Islam. Teras beliau ialah Islam semata-mata. Bagi beliau Melayu itu tidak wujud sebab Nik Aziz keturunan Cina dan dewa-dewa purba sepertimana dalam buku riwayat keturunan Nik Aziz.

Hadi Awang yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan. Ia disambut oleh kumpulan ulamak tapi ditentang oleh kumpulan Erdogan pro Anwar. Kumpulan ulamak terutama Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa menerima idea Hadi sebagai baik untuk agama, bangsa dan negara. Sokongan Nasharudin itu mengakibatkan beliau dimaki hamun oleh Nik Aziz dan terpaksa bersuluk menghilangkan diri beberapa hari.

Nik Aziz meminta Nasharudin meletakkan jawatan dan masuk UMNO. Nik Aziz terlalu emosional ’pongoh’ seperti syaitan kerana ada pihak yang cuba menghalang cita-citanya untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Ceramahnya keras, kasar dan biadap, Nik Aziz di Kuala Krai menyerang UMNO. Beliau menyifatkan UMNO sebagai parti sesat seperti ajaran Ayah Pin. Sedangkan kumpulan Ayah Pin subur dan membangun masa Pas memerintah Trengganu dan dimusnahkan oleh BN. Nik Aziz mesti kena ’kaba’ ramai ahli UMNO dan Pas bersaudara, bermenantu, berbesan termasuk Nik Aziz sendiri. Maki hamun Nik Aziz kepada UMNO sama dengan maki hamun kepada keluarga Nik Aziz sendiri. Tidak semua orang Kelantan berpolitik sejahat Nik Aziz yang sudah tua.

Nik Aziz mengatakan UMNO dan komunis adalah sama. Sedangkan UMNO lah yang menghapuskan Komunis. Nik Aziz tau tak Anwar sedang berusaha membawa balik Cina Cheng Peng ke negara ini, iaitu bapak komunis.

Katanya lagi UMNO ialah parti sosialis kerana menolak Islam. UMNO ialah parti Melayu bukan parti Islam, di satu ceramah di Kampung Laloh di Kuala Krai malam Ahad lalu.

Nik Aziz sudah ’nyayok’ yang sosialis tu PKR, yang menolak Islam tu DAP. Pembangunan Islam yang dibuat oleh UMNO terbaik sehingga diakui oleh negara-negara Islam Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Cuma Nik Aziz saja macam katak bawah tempurong. Perintah Kelantan 20 tahun satu apa pun tak buat.

Ucapan Nik Aziz menganggap UMNO tidak layak memerintah negara ini. Semasa mengucapkannya, beliau langsung tidak sedar UMNO sudahpun memerintah negara ini selama 52 tahun dengan jayanya. Pas tidak pernah. Nik Aziz cuba memomokkan penyokong fanatik Pas. Sebenarnya ahli Pas sendiri sudah benci dengan perangai Nik Aziz. Mereka tidak akan undi Pas lagi dalam pilihanraya yang akan datang.

Sekarang Pas sudah memerintah beberapa negeri di negara ini. Di Kedah dan Kelantan terlalu banyak masalah yang sedang dihadapi walaupun ramai orang Melayu, tapi pemerintahan Pas di Perak yang terikat kepada DAP yang telah memperuntakan Pas corak pemerintahannya.

9 bulan Menteri Besar Perak Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sudahpun meluluskan hak milik tanah di kampung baru untuk selama 999 tahun (atau dibulatkan 1,000 tahun). Orang Perak sendiri terkejut, teruja dengan tindakan Pas Perak itu. Kita yakin corak inilah yang akan diterapkan apabila mereka memerintah Malaysia kelak.

Nik Aziz merasakan pakatannya sudah kuat. Tapi bukan Melayu yang kuat, yang kuat Cina dan mereka kuat apabila orang Melayu lemah. Memang benarpun orang Melayu kini sudah terlalu lemah. Gagasan perpaduan cadangan Hadi bagi Nik Aziz tidak boleh dilaksanakan sama sekali - sama seperti kata-kata Karpal Singh "langkah mayatnya dulu" jika Malaysia mahu menjadi negara Islam.

Nik Aziz tua buta sejarah, benci kepada Bangsa Melayu dan sombong, ego dan angkuh melawan kuasa Allah sokong DAP yang jelas kafir. Bertaubatlah Nik Aziz kamu sudah tua 80 tahun tak lama daaah.

No comments:

Post a Comment