Monday, June 29, 2009

DIBALIK SEJARAH UMNO DAN PAS

Umno ditubuhkan pada tahun 11 mei 1946. manakala Pas ditubuhkan tahun 1951 dan mula beroperasi tahun 1956. Umno ditubuhkan atas dasar membela nasib orang orang melayu dan untuk menyatupadukan kaum melayu pada masa itu (sebelum merdeka) yang tidak bersatu sebab itu dinamakan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang ditubuhkan Oleh Alm Tun Hussein Onn. Manakala PAS ditubuhkan oleh Ahmad Puad atas dasar kecewa dengan kekalahan beliau bertanding jawatan Yang DiPertua Umno pada masa itu yang berjawatan Presiden pada masa kini.

Melalui sejarah ini kita dapat melihat perbezaan dasar dasar parti antarra Umno dan Pas. Dari dulu hingga sekarang Umno tidak henti henti memperjuangkan nasib Orang Melayu. Dan dari dulu ahli Umno sanggup berkorban jiwa dan raga demi Negara tercinta untuk menghantar wakil iaitu YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj daripada tanah melayu untuk menuntut kemerdekaan di London kerana pada masa itu British yang memerintah Negara. Pemimpin pemimpin Umno terdahulu sanggup mengorbankan harta benda mereka demi melihat Negara tercinta ini merdeka dan bebas dari belenggu penjajahan dan menjadi pengemis di tanah air sendiri. Alhamdulillah atas dasar kepintaran pemimpin Umno pada masa itu Negara kita yang berdaulat telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga Negara kita yang maju lagi harmoni ini selangkah demi selangkah mengorak langkah hingga menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Rakyat hidup aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum.

Your browser may not support display of this image.Berbeza dengan parti Pas yang ditubuhkan atas dasar kecewa dan dendam hingga menyebabkan perpecahan dikalangan umat melayu. Cuba kita renungkan dan berfikir sejenak dasar perjuangan parti sahaja telah berubah rubah hingga membingungkan rakyat,contohnya membangun Bersama Islam, hukum hudud, daripada kerajaan Islam berubah menjadi Kerajaan kebajikan dan yang terbaru sekali Kerajaan Perpaduan hanya setengah jalan setelah dibantah oleh PKR dan DAP.

Yang amat menyedihkan mereka ini (PAS) sanggup bermain dan bertopengkan agama demi kepentingan mereka. Mereka mengatakan Umno haram kerana berbaik baik dengan orang bukan Islam dalam komponen BN. Tetapi apakah mereka lupa atau mereka buat buat lupa ataupun sebenarnya mereka ini sememangnya tuli dengan apa yang mereka katakan kepada Umno dahulu dan kita lihat kenyataannya sekarang mereka sendiri telah berpakat dengan orang bukan islam iaitu DAP yang seterang terangnya menolak Islam.

Pemimpin Pas Sedarlah, dan kepada rakyat buatlah pemilihan yang terbaik demi melihat masa depan anak cucu kita, dan rakyat harus sedar dengan pembohongan yang telah dibuat Oleh PUAK PUAK PAS untuk memecahbelahkan kita orang melayu islam. Rakyat harus menolak sekeras kerasnya perbuatan Pas yang telah menjejaskan perpaduan kita sebagi bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment